Selamat Datang Ke Blog ANAK KEDAH

Friday 9 September 2011

Harga Baru Prepaid Telefon Selepas Dikenakan 6% Cukai Perkhidmatan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...
Dengar cerita hari ini heboh dengan kenaikkan harga kadar harga prepaid akan dikenakan Cukai Perkhidmatan berkuat-kuasa pada 15 September 2011. Anak Kedah diberitahu semua pembelian tambah nilai prabayar serta pek atau kad SIM prabayar bagi semua syarikat telekomunikasi akan dikenakan cukai pendapatan sebanyak enam peratus.

Bagi semua pengguna CELCOM, semestinya anda semua menerima pesanan ringkas (sms) yang dihantar secara terus dari CELCOM kan.

RM0, Pelanggan Yang Dihargai,
Mulai 15/09/2011,
semua pembelian reload
& pek permulaan 
prabayar akan
dikenakan 6% cukai
perkhidmatan yang 
berkenaan. Info :
www.celcom.com.my


Berikut adalah senarai harga baru prepaid telefon selepas dikenakan 6% cukai perkhidmatan.



Ini tidak termasuk bayaran tambahan yang dikenakan oleh sesetengah kedai.
Kadang kadang sesetengah kedai ni meletakkan harga tambahan dari 20 sen sehingga 50 sen. Mesti anda semua pernah jumpa kan kedai kedai yang begitu. Tak mustahil nanti harga Topup ni akan mencecah RM11.00, Fuh, untung untung. Manakan tidak, kebanyakkan dealer pun dapat 3-5% sahaja dari hasil penjualan Topup RM10 nih, CUKAI LEBIH TINGGI DARI UNTUNG? Kesian pada Dealer yang bertungkus lumus kerja untuk mendapat untung yang tak seberapa berbanding cukai kan. Padahal modal dikeluarkan dealer-dealer nih, tapi untung cukai lagi tinggi daripada hasil jualan mereka.

p/s: Berhenti jadi dealer lagi bagus atau berhenti guna hfon lagi bagus?

Munkinkah kita akan kembali ke zaman publicfon??





p/s : Ada dah kawan-kawan Anak Kedah yang beli topup banyak-banyak sebelum 15/09/2011 ni.