Selamat Datang Ke Blog ANAK KEDAH

Sunday 29 January 2012

Ombak Rindu Full Movie

Assalamualaikum kepada semua warga Anak Kedah. Sekadar berkongsi bersama untuk semua rakan rakan Anak Kedah. Sambil-sambil dok membaca blog kengkadang timbul pulak rasa boring kan. Jadi saya dengan suka hatinya meletakkan movie Ombak Rindu ni kedalam Blog Anak Kedah ni. Eh, baru-baru ni saya ada terbaca dalam satu blog yang mengatakan bahawa filem Ombak Rindu ni tak best la segala bagai kerana jalan ceritanya jauh lari dari novel Ombak Rindu. Betoi ka?

Saya tak ada pon baca novel Ombak Rindu ni. So jalan cerita bagi orang yang tak baca novel Ombak Rindu ni rasa macam best juga la untuk ditonton. Tak tahu la pulak macam mana jalan cerita Ombak Rindu ni dalam novel.



Apapun, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Industri Perfileman negara kita Malaysia kerana mutu filem dalam negara kita mempunyai peningkatan dari segi kualiti gambar dan pemilihan para pelakon yang berbakat. Lagipun banyak juga filem-filem dari Malaysia yang mendapat anugerah dari negara luar, jadi apa salahnya kita sendiri mengagumi mutu perfileman negara kita.

Namun begitu, segala kritikan dan tomahan juga kita perlu terima supaya ianya dapat lebih meningkatkan lagi mutu perfileman negara kita. Mungkin kita perlu lebih mempelbagaikan lagi jalan cerita yang lebih menarik untuk ditonton. Jangan hanya mengikut tren sahaja kerana ini boleh melembabkan lagi kepelbagaian jalan cerita dalam industri perfileman negara kita.

Mai layan movie ni.......
Ombak Rindu Full Movie

P/S: NI BALIK-BALIK CERITA HANTU,CINTA DAN KOMEDI. 

Sumber: Youtube, Google Search

Friday 27 January 2012

Twitter Azwan Ali Digodam JackSparrow Rilekscrew

Salam sejahtera semua, baru-baru ni Azwan Ali yang di gelar Bapok Tua ini hangat diperkatakan mengenai isu ingin membunuh adiknya Umi Hafilda. Laporan polis dibuat oleh Umi Hafilda dan akhirnya Azwan Ali mengalah.



Terbaru Azwan Ali sekali lagi digemparkan mengenai akaun laman sosialnya di Twitter telah digodam oleh penggodam yang menggunakan nama samaran JackSparrow. Ini mungkin disebabkan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak kerana sikap Azwan Ali yang selalu menimbulkan kontroversi di kalangan media tempatan.

Secara tidak langsung kejadian kali ini menunjukkan ramai orang-orang diluar tidak suka dengan sikap Azwan Ali ini hingga digelar Bapok Tua. Difahamkan, akaun twitter tersebut tidak akan dikembalikan lagi kepada pemilik asalnya iaitu Azwan Ali.

Berberapa screenshot telah diambil sejurus selepas akaun laman sosial tersebut digodam. Apapun pihak Anak Kedah berharap kejadian yang sebegini dapat memberikan pengajaran kepada artis-artis Malaysia yang diluar sana agar lebih bersikap profesional dalam memperkatakan apa sahaja yang melibatkan pihak-pihak lain.






P/S: Carilah populariti kerana bakat, bukan kerana kontroversi.

Sumber: KenaHack[KH] , Google Search

Sunday 22 January 2012

Video Pernikahan Ally Iskandar Dan Farah Lee

Ally Iskandar yang kita semua kenal sebagai seorang pengacara TV3 telah selamat di ijabkabulkan dengan wanita pilihannya Farah Lee yang masih belajar di Korea.




Hubungan meraka ini nampak unik, tanpa melalui proses bercinta tapi akhirnya berkahwin. Inilah yang dinamakan jodoh.



So... kepada Ally Iskandar dan Farah Lee, Selamat Pengantin Baru. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat anda berdua.

sumber : youtube , Blog BOM321, Google Search

Thursday 19 January 2012

Pendaftaran TM Streamyx Broadband & Unifi & Talian Talifon Kediaman (RUMAH KEDIAMAN SAHAJA)

Pengenalan


Assalamualaikum kepada semua pembaca-pembaca sekalian... Untuk pengetahuan korang semua, saya ini wakil  dari TM @ Telekom Malaysia Berhad dan menjual perkhidmatan seperti Streamyx, Unifi dan sebagainya...
Disini saya ini memperkenal serba sedikit mengenai pakage tawaran TM Streamyx dan TM Unifi untuk pengetahuan anda semua.

TM Streamyx Broadband (BlockBuster Deals)

pakej yang ditawarkan hanya BB Deals Sahaja



TM Unifi Pakage


pakej ini hanya untuk kediaman sahaja.

Promosi Sekarang(Streamyx)

* Pendaftaran Percuma
* Pengaktifan Streamyx Percuma (RM75)
* Pemasangan Percuma (RM88)
* ADSL Wireless Router Percuma (RM 150)
* Talifon Cordless Diberi Percuma (RM120)
* Streamyx Zone ID @ Hotspot Zone ID Percuma. (RM25 SEBULAN)
* Penggunaan Internet dan DOWNLOAD TANPA HAD.
* Panggilan Dari TM Homeline ke TM Homeline seluruh Malaysia Percuma.
* Panggilan ke seluruh talian talifon mudah alih maxis,digi,celcom,u-mobile,tunetalk dan sebagainya     flat rate 10sen seminit. (Murah dari Handfone kita skarg)


Promosi Sekarang(Unifi)

Pendaftaran Percuma 
Pemasangan Percuma (RM200)
* ADSL Wireless Router Percuma (RM 150)
Talifon Cordless Diberi Percuma (RM120)
Penggunaan Internet dan DOWNLOAD TANPA HAD. (Sehingga Diberitahu)
* Panggilan Dari TM Homeline ke TM Homeline seluruh Malaysia Percuma.
* Panggilan ke seluruh talian talifon mudah alih maxis,digi,celcom,u-mobile,tunetalk dan sebagainya     flat rate 10sen seminit. (Murah dari Handfone kita skarg)

Banyak kan yang PERCUMA sekarang ni? Jadi kepada rakan rakan facebook atau blogger, kalau berminat nak pasang internet yang ditawarkan diatas ini di rumah anda, boleh la calling-calling di talian dibawah. Untuk nak tanya-tanya pon boleh, tak ada masalah... 


SHUKRI : 019-494 1700
             : 012-513 5454

Tuesday 17 January 2012

Movie Melayu "Selagi Masih Ada" Sebijik seperti movie "A Moment to Remember" Korea

Dengar cerita sebuah movie melayu yang bertajuk "Selagi Masih Ada" yang dimainkan di Astro Citra baru-baru ini sebijik macam movie Korea yang bertajuk "A Moment to Remember". Jalan cerita movie korea ni best. Nak cerita macam tak seronok la pulak kan..


Selagi Masih Ada


Ini pulak movie korea tersebut....
Tengok sendiri la ek.



A Moment to Remember

Sumber : Youtube, Google Search

Monday 16 January 2012

Ayam Ekor Panjang?

Onagadori dalam bahasa jepun yang bermaksud Long-tail fold ataupun ayam berekor panjang ini berasal dari Wilayah Jepun iaitu Kochi. Ayam ini mepunyai keunikan tersendiri dimana ekornya yang tersangat panjang dan berbeza dari ayam-ayam yang terdapat di negara lain seperti indonesia, thailand atau Malaysia sendiri. Ekor ayam Onagadori ini dikatakan boleh mencecah dari 12 hingga 27 kaki panjang. Ayam Onagadori ini lebih banyak di pelihara sebagai ayam hiasan dan bukan bertujuan untuk dimakan kerana harganya yang boleh mencecah ribuan Ringgit Malaysia. Ini sebahagian dari koleksi gambar ayam Onagadori ini...


Inilah yang dikatakan ayam Onagadori 
atau ayam berekor panjang.


cantikkan ayam ni


Sanggup ke nak makan ayam yang harga beribu Ringgit Malaysia ni?
Apapun ayam ini memang cantik dan menarik untuk dipandang... 


sumber : wikipedia, google search