Selamat Datang Ke Blog ANAK KEDAH

Wednesday 9 May 2012

Kisah Duka Kucing Yang Menanti Tuannya Untuk Pulang


Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan Penyayang..
ni cerita kucing arwah pakcik..
kucing ni arwah pakcik panggil Tampong(Tompok)..actually Tompok ni tak cantik pon..bulu tak lebat..pakcik kutip dekat pasar..time tu Tompok ni kecik lagi..berkurap..hodoh giler..
pakcik buat balik rumah..bela sampai besar..sampai gemook gedebok..
punyalah sayang arwah pakcik kat Tompok..pakcik sayang melebihi pakcik sayang bini pakcik…
walaupon Tompok bukan kucing siam, parsi atau yang berbulu gebu2..pakcik sangat sayang dekat tompok..
Tompok tak pernah mencuri ikan walaupon ade kat depan mata.selagi pakcik tak bagi..dia xkan ambil..(peribahasa kucing kalau nampak ikan depan mata tak terpakai dalam konteks Tompok ini.Sekian terima kasih)
Tompok tak pernah berak dan kencing merata kat dalam rumah.
Tompok kenal bunyik motor pakcik..bunyi je motor pakcik dari jauh..terus berlari keluar rumah tunggu pakcik
Tompok hambat ayam2 daripada masuk ke dalam rumah pakcik..
Tompok sangat bertolak ansur dengan kucing parsi pakcik bernama Putih yang comel macam Lisa Surihani..Tompok tak pernah berebut makanan ngn Putih..kalau masing2 meluru kearah makanan..Tompok akan bagi peluang kepada Putih yang gebu dulu makan..kemudian bila Putih dah tak nak makan..baru Tompok pergi makan..
seminggu sebelum pakcik meninggal..Tompok duk bertenggek je atas motor pakcik (Tompok bukan mat rempit okay!)..time tu pakcik kat hospital..seminggu kat atas motor.Tompok bukan merempit..tapi Tompok tunggu pakcik…macam dia dah tahu2 pakcik nak pergi..
bila pakcik meninggal..
seminggu tompok langsung xjamah makanan..Tompok hampir mati..badannya jadik kurus kering..
bila sebulan dah pakcik pergi..baru Tompok boleh terima..Tompok mula makan dan jadik gemook balik..tapi setiap hari..tompok akan bertenggek kat atas gerai...termenung macam menunggu sesuatu..
(dah 6 bulan pakcik pergi..tapi macamnilah setiap hari..bila malam baru Tompok masuk dlm rumah.)

Tompok mesti tunggu pakcik balik..
Tompak mesti tunggu pakcik manja2 kan dia
Tompok mesti rindu pakcik yang kutip die di jalanan..
sebab tu baru saya faham,,kenapa nabi sangat menyayangi kucing..kucing sebenarnya sangat suci hatinya..kadang2 air mata saya menitis tengok keadaan Tompok..bila balik kerja je..terus saya ke rumah pakcik main2 ngn Tompok..
(Tompok..walaupun abah Tompok dah xde..kakak boleh je gantikan abah Tompok..kakak syg kat Tompok mcm abah Tompok sayang kat Tompok..)

saya seseorang yang sangat mencintai kucing seperti saya mencintai buah hati dan sahabat2 saya..…karena,bagi saya,,kucing itu dapat menghiburkan saya saat saya sedih..
lap ayaq mata jap sebelum nak sambung menulis..:(
ok.
saya pon ade kucing..kucing kite ni baby meow namanya..sebab dia masih kecik dan anak dara lagi.
ni ha,.baby meow kite yang xsedar dek untung..perasan diva..kejenye asyik mengkedarah je..nak syampoo yang baunya sama ngn syampoo saya..nak pakai rantai yang ade kat leher saya..nak minum susu Duct lady sama ngn saya..giler demand..tp takpe..kakak syg baby mewo sangat2…..:)
Untuk melihat rupa baby meow pula: Klik sini 


Monday 7 May 2012

Hatiku Di Kinabalu



Sinopsis Hatiku Di Kinabalu


Hatiku Di Kinabalu mengisahkan Anuar (Zul) dan Qistina (Yana) hangat bercinta ketika di zaman kolej dan kemudiannya berkahwin. Malangnya, Qistina jatuh koma akibat kecederaan serius selepas diragut. Anuar setia menjaga Qistina yang terlantar di hospital dan pada masa yang sama, dia juga menjaga anak perempuannya, Maya.


Keadaan menjadi rumit selepas Anuar mengahwini Lara selepas dipujuk oleh ibu bapa Qistina. Kehidupan mereka diteruskan seperti biasa dan mereka terus menjaga Qistina yang masih terlantar di hospital.




Konflik sampai ke kemuncaknya apabila Qistina yang terlantar koma selama 10 tahun akhirnya tersedar. pada masa sama, Maya tidak boleh menerima ibu kandung yang selama ini hanya dilihat hanya kaku di atas katil hospital.

Jangan Pandang Pandang Full Movie

Sinopsis Jangan Pandang-Pandang:- Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia.  Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.

    Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak. Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot.

    Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus. Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalahertikan oleh mereka berlima. Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha.

Tajuk Filem:Jangan Pandang-Pandang
Pengarah: Ahmad Idham
Penerbit: Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Dipawagam: 29 Mac 2012
Pelakon Jangan Pandang-Pandang:
Zizan Raja Lawak
Nas-T
Sara Ali
Miera Leyana
Azhar Sulaiman
Jaafar Onn
Erin Malek