Selamat Datang Ke Blog ANAK KEDAH

Sunday 31 May 2015

Astaghfirullahalazim (Maksud Istighfar)



Assalamualaikum.

Barang siapa memperbanyak istighfar, maka akan diberi kelapangan dalam setiap kesusahan dan jalan keluar dari kesempitan. Dan dianugerahi rezeki dari jalan yang tiada disangka-sangka.” (HR. Abu Dawud dan Nasa’i).

“Sungguh hatiku didera kerinduan yang sangat dalam, sehingga aku
beristighfar seratus kali setiap hari.” (HR. Muslim).


“Meski dosa-dosamu sebanyak buih lautan, sebanyak butir pasir di padang pasir, sebanyak daun di seluruh pepohonan, atau seluruh bialangan jagad semesta, Allah SWT tetap akan selalu mengampuni, bila engkau mengucapkan doa sebanyak tiga kali sebelum engkau tidur: Astaghfirullahal ‘Adzim al-Ladzii Laailaaha Illa Huwal Hayyul Qayyuumu wa Atuubu Ilaih. 
(Aku memohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, tiada Tuhan selain Dia Yang Maha Hidup dan Memelihara (kehidupan), dan aku bertobat kepada-Nya).” (HR. at-Tirmidzi). 


Terjemahan Istighfar: “Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung”


Yang pertama, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal ‘adzim, berarti kita minta ampun kepada Allah, minta dimaafkan kesalahan kita, minta ditutupi aib-aib kita. Semakin sering kita beristighfar maka semakin bersih diri kita dari dosa, dari kesalahan, dari aib-aib. Karena itu Allah sangat menyukai hamba Allah yang terus beristighfar. Karena tidak satu pun di antara kita yang bersih dari dosa, maka istighfar adalah kewajiban dan keperluan kita, agar Allah mengampuni dosa kita, memaafkan kesalahan kita dan menutupi aib kita.



Yang kedua, setiap kali kita mengucapkan astagfirullahal ‘adzim, bererti kita minta kepada Allah, mohon kepada Allah, amat sangat, agar Allah memperbaiki hidup kita, menguatkan aqidah kita, membuat kita nikmat dalam ibadah khusyuk, menjadikan akhlaq kita mulia.



Justru pembelaan Nabi Muhammad SAW itulah yang memberikan kewenangan padanya, syafa’at besar yang bisa menyelamatkan umat dari siksa Allah SAW. Oleh sebab itu, Islam mengajarkan agar dalam permohonan ampunan, juga menyertakan permohonan ampunan untuk sesama umat. Misalnya, Istighfar yang berbunyi:

Astaghfurullahal ‘adzim, lii waliwaalidayya, walijami’il huquuqi waajibati ‘alayya, walijami’il muslimin wal-muslimaat wal-mu’minin wal mu’minaat al-ahyaa’I minhum wal-amwaat.
(Aku mohon ampunan kepada Allah Yang Maha Agung, bagiku dan bagi kedua orang tuaku, dan bagi seluruh orang yang menjadi tanggungan kewajibanku, dan bagi umat muslimin dan muslimat, dan kaum mu’minin dan mu’minat).



Astagfirullahal ‘adzim, ampunilah dosa kami ya Allah.. tutupi aib kami…. betapa selama ini kami mudah tergelincir dalam dosa namun tak bersegera memohon ampun kepada-Mu. Amin

Monday 13 January 2014

Pakage pemasangan cctv di Rumah Atau Di Kedai anda..

Assalamualaikum semua rakan anak kedah. Disini saya ingin mempromosikan Pakage2 Pemasangan CCTV di kawasan Kedah (Alor Setar Khususnya). Pakage yang saya berikan ini adalah sangat murah berbanding dengan harga sebelum ini. Ini adalah kerana saya ingin membuat promosi bersempena dengan Maulidur Rasul. Mungkin orang tak pernah buat promosi sempena Maulidur Rasul ni kan. Tetapi sengaja saya buat.
Pakage ini akan diberi 4 camera dome ir (420tvl), 1 dvr 4 channel, 500GB HDD dan 1 monitor 18.5'. Wiring akan disertakan sekali semasa pemasangan dibuat.Wiring handaklah tidak melebihi 50m untuk setiap satu camera. Harga keseluruhan cuma RM1990.00 Sahaja. Barang barang akan diberikan jaminan selama 1 tahun.
Promosi ini sah sehingga februari 2014. Sekian Terima Kasih.
Sebarang pertanyaan silalah hubungi: SHUKRI = 019-4941700

Wednesday 9 May 2012

Kisah Duka Kucing Yang Menanti Tuannya Untuk Pulang


Dengan nama Allah yang maha Pengasih dan Penyayang..
ni cerita kucing arwah pakcik..
kucing ni arwah pakcik panggil Tampong(Tompok)..actually Tompok ni tak cantik pon..bulu tak lebat..pakcik kutip dekat pasar..time tu Tompok ni kecik lagi..berkurap..hodoh giler..
pakcik buat balik rumah..bela sampai besar..sampai gemook gedebok..
punyalah sayang arwah pakcik kat Tompok..pakcik sayang melebihi pakcik sayang bini pakcik…
walaupon Tompok bukan kucing siam, parsi atau yang berbulu gebu2..pakcik sangat sayang dekat tompok..
Tompok tak pernah mencuri ikan walaupon ade kat depan mata.selagi pakcik tak bagi..dia xkan ambil..(peribahasa kucing kalau nampak ikan depan mata tak terpakai dalam konteks Tompok ini.Sekian terima kasih)
Tompok tak pernah berak dan kencing merata kat dalam rumah.
Tompok kenal bunyik motor pakcik..bunyi je motor pakcik dari jauh..terus berlari keluar rumah tunggu pakcik
Tompok hambat ayam2 daripada masuk ke dalam rumah pakcik..
Tompok sangat bertolak ansur dengan kucing parsi pakcik bernama Putih yang comel macam Lisa Surihani..Tompok tak pernah berebut makanan ngn Putih..kalau masing2 meluru kearah makanan..Tompok akan bagi peluang kepada Putih yang gebu dulu makan..kemudian bila Putih dah tak nak makan..baru Tompok pergi makan..
seminggu sebelum pakcik meninggal..Tompok duk bertenggek je atas motor pakcik (Tompok bukan mat rempit okay!)..time tu pakcik kat hospital..seminggu kat atas motor.Tompok bukan merempit..tapi Tompok tunggu pakcik…macam dia dah tahu2 pakcik nak pergi..
bila pakcik meninggal..
seminggu tompok langsung xjamah makanan..Tompok hampir mati..badannya jadik kurus kering..
bila sebulan dah pakcik pergi..baru Tompok boleh terima..Tompok mula makan dan jadik gemook balik..tapi setiap hari..tompok akan bertenggek kat atas gerai...termenung macam menunggu sesuatu..
(dah 6 bulan pakcik pergi..tapi macamnilah setiap hari..bila malam baru Tompok masuk dlm rumah.)

Tompok mesti tunggu pakcik balik..
Tompak mesti tunggu pakcik manja2 kan dia
Tompok mesti rindu pakcik yang kutip die di jalanan..
sebab tu baru saya faham,,kenapa nabi sangat menyayangi kucing..kucing sebenarnya sangat suci hatinya..kadang2 air mata saya menitis tengok keadaan Tompok..bila balik kerja je..terus saya ke rumah pakcik main2 ngn Tompok..
(Tompok..walaupun abah Tompok dah xde..kakak boleh je gantikan abah Tompok..kakak syg kat Tompok mcm abah Tompok sayang kat Tompok..)

saya seseorang yang sangat mencintai kucing seperti saya mencintai buah hati dan sahabat2 saya..…karena,bagi saya,,kucing itu dapat menghiburkan saya saat saya sedih..
lap ayaq mata jap sebelum nak sambung menulis..:(
ok.
saya pon ade kucing..kucing kite ni baby meow namanya..sebab dia masih kecik dan anak dara lagi.
ni ha,.baby meow kite yang xsedar dek untung..perasan diva..kejenye asyik mengkedarah je..nak syampoo yang baunya sama ngn syampoo saya..nak pakai rantai yang ade kat leher saya..nak minum susu Duct lady sama ngn saya..giler demand..tp takpe..kakak syg baby mewo sangat2…..:)
Untuk melihat rupa baby meow pula: Klik sini 


Monday 7 May 2012

Hatiku Di Kinabalu



Sinopsis Hatiku Di Kinabalu


Hatiku Di Kinabalu mengisahkan Anuar (Zul) dan Qistina (Yana) hangat bercinta ketika di zaman kolej dan kemudiannya berkahwin. Malangnya, Qistina jatuh koma akibat kecederaan serius selepas diragut. Anuar setia menjaga Qistina yang terlantar di hospital dan pada masa yang sama, dia juga menjaga anak perempuannya, Maya.


Keadaan menjadi rumit selepas Anuar mengahwini Lara selepas dipujuk oleh ibu bapa Qistina. Kehidupan mereka diteruskan seperti biasa dan mereka terus menjaga Qistina yang masih terlantar di hospital.




Konflik sampai ke kemuncaknya apabila Qistina yang terlantar koma selama 10 tahun akhirnya tersedar. pada masa sama, Maya tidak boleh menerima ibu kandung yang selama ini hanya dilihat hanya kaku di atas katil hospital.

Jangan Pandang Pandang Full Movie

Sinopsis Jangan Pandang-Pandang:- Empat pelajar kolej jurusan Sains Sosial dan Manusia.  Ajis, Ben, Yaya dan Diana ditugaskan untuk membuat satu tugasan mengumpul maklumat dan data tentang artifak-artifak di Gua Bewah. Yaya baru mendapat tahu Ajis main kayu tiga dan bertekat mahu putus hubungan namun demi menyiapkan tugasan, Yaya setuju untuk berdamai buat seketika. Tugasan berkumpulan memaksa mereka mencari ahli kumpulan ke 5, seorang pelajar jurusan sama tetapi dari luar kampus bernama Marsha, seorang gadis gothik yang penuh misteri. Marsha kata beliau boleh membawa mereka untuk membuat kajian dan penemuan-penemuan artifak di kawasan gua yang tidak pernah dimasuki manusia moden. Tiba di jeti Tasik kenyir, mereka bermalam di dalam sebuah rumah bot kepunyaan seorang lelaki misteri bernama Abang Bob.

    Bermulalah pengalaman pelik dan ganjil serta menakutkan sepanjang mereka mencari artifak di gua tersebut. Kesilapan mereka ialah memasuki kawasan gua yang dilarang kerana ia merupakan kawasan keras. Sekembali ke bot dari gua, mereka dirasuk hantu gua dan diselamatkan oleh Abang Bob. Keesokan harinya, Abang Bob menghilangkan diri manakala bot pula tiada minyak menyebabkan mereka mengambil keputusan mencari kawasan kampung untuk mendapatkan minyak. Namun tindakan mereka itu memakan diri apabila mereka sesat jalan dan tidak temui mana-mana kawasan kampung mahupun jalan kembali ke bot.

    Mereka terpaksa bermalam di dalam hutan dan diganggu oleh makhluk halus. Akhirnya mereka menemui sebuah rakit usang lalu mengambil keputusan mencuba nasib menaiki rakit tersebut daripada terusan menjadi mangsa gangguan mistik di dalam hutan. Mereka diselamatkan oleh bot peronda yang dipanggil oleh Abang Bob. Abang Bob sebenarnya menghilangkan diri untuk mendapatkan minyak tetapi telah disalahertikan oleh mereka berlima. Pengalaman di dalam hutan dan sepanjang kembara, mengembalikan ikatan cinta antara Ajis dan Yaya manakala membenihkan rasa cinta antara Ben dan Marsha.

Tajuk Filem:Jangan Pandang-Pandang
Pengarah: Ahmad Idham
Penerbit: Excellent Pictures Sdn. Bhd.
Dipawagam: 29 Mac 2012
Pelakon Jangan Pandang-Pandang:
Zizan Raja Lawak
Nas-T
Sara Ali
Miera Leyana
Azhar Sulaiman
Jaafar Onn
Erin Malek

Sunday 29 January 2012

Ombak Rindu Full Movie

Assalamualaikum kepada semua warga Anak Kedah. Sekadar berkongsi bersama untuk semua rakan rakan Anak Kedah. Sambil-sambil dok membaca blog kengkadang timbul pulak rasa boring kan. Jadi saya dengan suka hatinya meletakkan movie Ombak Rindu ni kedalam Blog Anak Kedah ni. Eh, baru-baru ni saya ada terbaca dalam satu blog yang mengatakan bahawa filem Ombak Rindu ni tak best la segala bagai kerana jalan ceritanya jauh lari dari novel Ombak Rindu. Betoi ka?

Saya tak ada pon baca novel Ombak Rindu ni. So jalan cerita bagi orang yang tak baca novel Ombak Rindu ni rasa macam best juga la untuk ditonton. Tak tahu la pulak macam mana jalan cerita Ombak Rindu ni dalam novel.



Apapun, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Industri Perfileman negara kita Malaysia kerana mutu filem dalam negara kita mempunyai peningkatan dari segi kualiti gambar dan pemilihan para pelakon yang berbakat. Lagipun banyak juga filem-filem dari Malaysia yang mendapat anugerah dari negara luar, jadi apa salahnya kita sendiri mengagumi mutu perfileman negara kita.

Namun begitu, segala kritikan dan tomahan juga kita perlu terima supaya ianya dapat lebih meningkatkan lagi mutu perfileman negara kita. Mungkin kita perlu lebih mempelbagaikan lagi jalan cerita yang lebih menarik untuk ditonton. Jangan hanya mengikut tren sahaja kerana ini boleh melembabkan lagi kepelbagaian jalan cerita dalam industri perfileman negara kita.

Mai layan movie ni.......
Ombak Rindu Full Movie

P/S: NI BALIK-BALIK CERITA HANTU,CINTA DAN KOMEDI. 

Sumber: Youtube, Google Search

Friday 27 January 2012

Twitter Azwan Ali Digodam JackSparrow Rilekscrew

Salam sejahtera semua, baru-baru ni Azwan Ali yang di gelar Bapok Tua ini hangat diperkatakan mengenai isu ingin membunuh adiknya Umi Hafilda. Laporan polis dibuat oleh Umi Hafilda dan akhirnya Azwan Ali mengalah.



Terbaru Azwan Ali sekali lagi digemparkan mengenai akaun laman sosialnya di Twitter telah digodam oleh penggodam yang menggunakan nama samaran JackSparrow. Ini mungkin disebabkan perasaan tidak puas hati sesetengah pihak kerana sikap Azwan Ali yang selalu menimbulkan kontroversi di kalangan media tempatan.

Secara tidak langsung kejadian kali ini menunjukkan ramai orang-orang diluar tidak suka dengan sikap Azwan Ali ini hingga digelar Bapok Tua. Difahamkan, akaun twitter tersebut tidak akan dikembalikan lagi kepada pemilik asalnya iaitu Azwan Ali.

Berberapa screenshot telah diambil sejurus selepas akaun laman sosial tersebut digodam. Apapun pihak Anak Kedah berharap kejadian yang sebegini dapat memberikan pengajaran kepada artis-artis Malaysia yang diluar sana agar lebih bersikap profesional dalam memperkatakan apa sahaja yang melibatkan pihak-pihak lain.






P/S: Carilah populariti kerana bakat, bukan kerana kontroversi.

Sumber: KenaHack[KH] , Google Search