Selamat Datang Ke Blog ANAK KEDAH

Sunday 29 January 2012

Ombak Rindu Full Movie

Assalamualaikum kepada semua warga Anak Kedah. Sekadar berkongsi bersama untuk semua rakan rakan Anak Kedah. Sambil-sambil dok membaca blog kengkadang timbul pulak rasa boring kan. Jadi saya dengan suka hatinya meletakkan movie Ombak Rindu ni kedalam Blog Anak Kedah ni. Eh, baru-baru ni saya ada terbaca dalam satu blog yang mengatakan bahawa filem Ombak Rindu ni tak best la segala bagai kerana jalan ceritanya jauh lari dari novel Ombak Rindu. Betoi ka?

Saya tak ada pon baca novel Ombak Rindu ni. So jalan cerita bagi orang yang tak baca novel Ombak Rindu ni rasa macam best juga la untuk ditonton. Tak tahu la pulak macam mana jalan cerita Ombak Rindu ni dalam novel.



Apapun, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Industri Perfileman negara kita Malaysia kerana mutu filem dalam negara kita mempunyai peningkatan dari segi kualiti gambar dan pemilihan para pelakon yang berbakat. Lagipun banyak juga filem-filem dari Malaysia yang mendapat anugerah dari negara luar, jadi apa salahnya kita sendiri mengagumi mutu perfileman negara kita.

Namun begitu, segala kritikan dan tomahan juga kita perlu terima supaya ianya dapat lebih meningkatkan lagi mutu perfileman negara kita. Mungkin kita perlu lebih mempelbagaikan lagi jalan cerita yang lebih menarik untuk ditonton. Jangan hanya mengikut tren sahaja kerana ini boleh melembabkan lagi kepelbagaian jalan cerita dalam industri perfileman negara kita.

Mai layan movie ni.......
Ombak Rindu Full Movie

P/S: NI BALIK-BALIK CERITA HANTU,CINTA DAN KOMEDI. 

Sumber: Youtube, Google Search

No comments:

Post a Comment